16 Aug 2011

KISAH KELEBIHAN BASMALAH ( اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم بِسْــــــــــــــــــمِ )
Di sebuah kampung ada seorang gadis yang tinggal bersama ayahnya yang sudah tua, ibunya sudah lama meninggal dunia. Namanya ialah Salamah. Salamah seorang anak yang bersopan santun, cantik dan berakhlak mulia.
Semenjak ketiadaan ibunya, Salamah mengambil alih kerja rumah seperti memasak, membasuh pakaian dan juga mengemas rumah, sebelum dia membuat sesuatu pekerjaan dia tidak lupa membaca (basmalah).
Setiap hari ayahnya akan turun ke bendang untuk mengerjakan tanah bendangnya yang agak luas juga, walaupun dia sudah tua tetapi dia masih kuat lagi, semua kerja di bendang dilakukan sendiri, selain menanam padi, dia juga menanam sayur serta menternak ayam dan itik. Salamah seorang anak yang ringan tulang. Kalau tiada kerja di dapur, dia akan membantu ayahnya bekerja di bendang. Dia juga rajin memberi makan kepada binatang ternakan ayahnya di kebun.
Petani tua itu sangat sayangkan anaknya, cuma ada satu perkara yang kurang difahami oleh ayahnya pada diri Salamah, iaitu sentiasa membaca basmalah (basmalah) sebelum membuat sesuatu pekerjaan, pada anggapannya amalan begitu tidak mendatangkan sebarang faedah, bagi Salamah pula dia mengamalkan basmalah kerana ia wasiat dari ibunya.
Pada suatu hari, petani tua itu berpura-pura jatuh sakit, oleh kerana ayahnya tidak sihat, Salamah pun pergi ke sawah sejak pagi lagi, ketika ayahnya ingin mengujinya lalu menyorokkan beras di dalam tempayan yang telah dikosongkan itu diisi dengan pasir yang diambilnya dari sungai. Setelah matahari meninggi, Salamah segera pulang ke rumahnya, walaupun badannya letih bekerja seharian di sawah, namun Salamah tetap tersenyum riang, sampai di rumah dia segera mencapai periuk dan membaca basmallah sebelum mencedok beras dari dalam tempayan. Masih banyak lagi beras itu anakku? tanya ayahnya. "Alhamdulillah, banyak lagi ayah, bukankah ayah telah menambah beras lain tadi?" tanya Salamah.
 Terkejut besar petani tua itu apabila dia melihat pasir telah bertukar menjadi beras pada mulanya dia mahu mempermainkan anaknya sahaja, rupanya Allah mahu membuktikan kepadanya bahawa amalan anaknya itu adalah baik dan mendatangkan berkat.

"Semoga kita sama2 mengambil iktibar daripada cerita ini  dan mengambilnya sebagai amalan dlm kehidupan kita....insyaAllah..."   

11 Aug 2011

10 PERINGATAN BUMI  !!!
Mungkin ada di kalangan sahabat2 yang pernah membaca atau terbaca artikel yang saya postkan ini. Artikel ini ditulis sebagai peringatan pada diri yang sering alpa dengan keindahan dunia yang hanya palsu belaka.
Sedarlah bahawa bumi sentiasa berkata-kata dengan manusia namun ramai lagi manusia yang lalai dan leka.
Berkata Anas bin Malik r.a :
 “ sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.... ” :

* Wahai anak adam! Berjalanlah  di atas perutku, tetapi ingatlah! engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.

* Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.

* Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis dalam perutku.

* Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.

* Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.

* Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

* Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.

* Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

* Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

* Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.

-     Semoga kita sama2 mengambil iktibar darinya…  -   

3 Aug 2011

Hanya sejenak...



Untuk Mencari
 Keredhaan
Illahi…


Jika perlu MARAH, marahlah.. tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR..

       Jika perlu MENANGIS, menangislah.. tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG..

       Jika perlu PATUH, patuhlah.. tetapi jangan sampai hilang KEMERDEKAAN..

       Jika mahu MISKIN, miskinlah.. tetapi jangan terlalu miskin, nanti mudah menjadi KUFUR..

       Jika mahu KAYA, kayalah.. tetapi jangan terlalu kaya sampai terlupa perkataan SEDEKAH..

      
Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA..


RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL....
mcm kenal je ayat ni kan....hehehe, saje je suke2..... 

1 Aug 2011

BINGKISAN RAMADHAN....




ahlan wasahlan ya RAMADHAN....
Ikuti sedikit info bulan ramadhan di bawah..

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. beberapa hadis telah menceritakan mengenai sebahagian daripada kelebihan tersebut :

pertama

Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

kedua

 Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

 ketiga

 Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

keempat

Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
sesungguhnya Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

kelima

 Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

Oleh itu dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.